Life is a mere perspective

Kongsi2

Byk post2 sblom ni yg aku gelabah pasal hala tuju & ketidaktentuan masa depan. Alhamdulillah video ni byk memperingatkan aku tentang arah sebenar kite sume. Thought it might move you too:

Byk sbnanye nikmat yg aku slalu lupe. Islam, iman, life, and everything in it. Let us be more thankful for them =)

Dah nk kawen pon. Still byk lg yg kne diperbaiki. Hopefully I’ll be a good family and public leader who can bring them towards the ultimate direction.

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
Let’s us achieve big here and there in the afterlife. Ameen 🙂

Sekadar perkongsian.

Advertisements

Salary

In des..pera..tion….

I need .. some .. dough .. in my bank .. now! please!


Gilak ah. brape lame dah aku rase aku x kuar membeli belah utk diri sendiri. haha utk org lain apetah lagi. sian tunangku.. ohoho

Kadang, dok aku tgh2 berangan/berfikir scara sungguh berilmiah, atau borak2 ngan org, ade gak mase aku being judgmental. Tp xde la sampai discriminate sesape kan. And I believe everyone does that deliberately, or not. It’s our right, right? Right~

So, there’s this time I was studying  for my GRE verbal section. Tgh2 down tembak2 jawapan (almaklumlah x ckop ilmu lagi), I encountered this interesting passage in which people are categorized into 4 stages in justifying their decisions. Below, I summarize/paraphrase:

1) Dualistic – those who discretely judging something as good or bad. Often without plausible explaination, just blindly taking from authoritative statement.

2) Multiplicity – ones who views a problem/topic in various perspective. However, they can’t justify which one is right. They have a hard time in connecting the dots into coherent generalization. To them, every point is valid, so they have no stand.

3) Relativism – for them, knowledge is relative. Right or wrong depends on the context. They find evidence. They study and assimilate the points into the larger picture. They are very analytical, they appreciate authoritative statements (although may reject them), and they may find several acceptable alternatives. Unfortunately, they don’t want to make decision due to the multiple alternatives.

4) COMMITMENT – they do not deny relativism. Even though they have a lot of plausible alternative to view/judge, they take stance. They commit, and regard their decision as responsibility. They rely on personal experience, abstract rules, and choose principles to guide them. When they decide to join a community, they endorse its doctrine. They don’t compare and regret their moves. They move forwards.

Heheh, it’s good to know that I’m not any different from people around me. I’ve been there, in most of the stages. Right now, I’m a relativist; always dither.  But sometimes, i found myself in the multiplicity. Don’t like.  I presume that the last stage would be best, though. Bak kate org2 tua omputih, be like a cat, curious, playful, and always hungry and sleepy. renung2kan, dan slamat beramal.
Cheers 😮

Tadi aku berlegar2 la kat blog memember. Kendian terserempak lak ngan entry taufiq pasal video mat saleh ajar english dalam bahase melayu. Coolness! Ni adelah org yg sama. Hahaha lawak nak mampos!

Senang je rupenye nk ngorat awek omputih. Aku rase najeh mesti mengadaptasi dari sini. hebat2.

axpic Photography

Salams mememberku skalian.

Kalu dikire2, sebulan lagi je nak masok genap stahun ktorg batch 2010 grad dari RIT.

Heh, kejap kan? Pejam celik pejam celik, aik! Dak2 junior nk balik dah.

Anyway, congrats kat korg sume yg akan grad. Mari memulekan hidup baru 🙂

Byk tips2 yg ktorg nak share utk korg sume. Tp tak syok ar tulis kat blog, tak feelin’ ar. Kalu bran, jom ah reunion lpas korg balik. Bleh aku curahmurahkan pengalaman2 mencari keje dan membunuh masa lapang ni.

Entry kali ni agak special snanye. Ce cite ce cite. Gini citenye, just b4 aku grad aritu igt x aku bli nikon D90 n beria2 amek gambo.
So sbaik je sampai sini, tros aku cari member nk menapak ke atas level yg lebih tinggi. So aku n best friend aku time kat smsta dulu mule la berjinak2 ngan photography. Tak dilupekan, support bertubi2 dari Aisyah yg dicintai. Jinak punye jinak, maka terhasillah AXPIC PHOTOGRAPHY.

Ramai org tanye knape axpic? cam x commercial je. A few reasons. satu, sbb aku nk kekalkan ‘ax’ prefix dalam sume future production insyaAllah. ‘Pic’ tu datang dari picex (muhamad hafiz che othman), member aku tu. Satu lagi adelah sbb aku xnk limitkan photography ni kat msia je, tu x gune pkataan malay. Wah wah, ambitious.

Snanye dah lama dah register pniagaan ni under suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Tp disebabkan keje + x byk portfolio + x reti sgt coding website, maka tergendala dan tergendalalah official release mende ni. Td baru je bace ten entreptreneurship rules for building massive company, and one of the rules is: “launch early enough.” … “If you are not embarrassed by your 1st release, you’ve released too late.” and another, get feedback. Indeed mmg ktorg dah release axpic photography personally kat member2 ktorg, and from their feedback, ktorg improve. Now it’s time for our online release.

Maka dengan ini, terbitlah AXPIC PHOTOGRAPHY (www.axpicphotography.com) bagi mencatit lukisan2 memori kamu2 sume ke dalam viewfinder camera ktorg.

Kan skang ni musim mengawan. SApe2 rase nk kawen tu panggil la ktorg. Member2 pnye price, aku turunkan price jadi 150%. Amacam? Hahaha. Takpon dak2 junior yg nk grad may ni, flykan lah daku kembali ke sana utk amek gambo. Haha padahal jiji eriq wak lan sume hamek gambar gempak2 dari aku. salute ar! nnt korg balik kite outing sesame ek.

Oh ye, Ecah mahu pulang 9 May ini!!! Eyaaayy!!!

*p/s – gallery pnye gambar lama2, x sempat nk update.

Have a good one 🙂

Aku diserang

Ye benar. Kejadian ini sudah 2 kali berlaki dalam 2 malam berturutan.

Sedang aku enak bermain2 dengan momoku yang gebu lagi oh-so-the-fluffeh, makhluk itu muncul.
Satu demi satu. Berkerumun di atas karpet biruputih keombakanku seperti lalat2 menghurung lauk tinggalan hari2 terdahulu.
Aku gementar. Lama kelamaan semakin banyak berkumandang. Aku yang sedang asyik tadi, menoleh ke arahnya dengan perlahan.
Memang lalat rupanya. Tidak salahlah analogiku sebentar tadi.

Maka malam tadi dan malam ini aku menghabiskan masa memburu lalat2 berkenaan. Puasku mencuba pelbagai teknik dan skill utk membunuh mereka. Menampar pipi mereka, membocorkan sayap, mengepit menggunakan chopstik, mengkarate, membaling momo,  menyiku, menyanyi, meludah mata, sehinggalah menendang cr***h. Namun tanpa disangka, satu pon tidak berjaya. Lalu aku mengambil gelang getah didapur lalu menjentik getah itu ke atas mereka. Suksess! Satu demi satu lalat aku bunuh. Memang tiada belas kasihan. Sejak dari kecil sebenarnya aku telah digelar si bengis kerana ketiadaan jiwa kasih dan belas kasihan terhadap mereka. Lebih 10 ekor aku tumpaskan semalam. Puas! Aku dapati masih ada segelintir dari mereka yang patah semangat dan kurang bermotivasi lalu berundur diri dari kamar peraduanku. Dalam ketakutan itu, masih sempat mereka membuat isyarat tangan kepadaku “I’m watching you”. Heh, aku endahkan.

Malam ini, dengan tidak semena2 lebih ramai dari mereka tiba. Gigih rupanya. Kini bukan sahaja menghurung karpet, tetapi mengganggugugat ketenteramanku dan momo yang sedang bersantai di atas katil. Mereka memijak2 mukaku, hidungku, cermin mataku. Pantang nenek moyang aku dipijak kepalaku. aku panas! aku sambungkan 2 gelang getah menjadi satu, “mungkin lebih hebat”, kata benak hatiku. Ya, berfungsi, tapi tidak cukup untuk meratah mereka yang banyak itu hidup2. Retreat, aku menggonggong momo, makanannya dan airnya, menututup ekon, lalu berlalu keluar dari bilik. Pintu ku katup rapat. Selang 3 minit, lalat2 itu terkejut melihat aku masok membawa satu silinder besi berwarna biru. Mwahahaha! Aku merembeskan gas beracun kepada mereka di segenap sudut bilik itu sambil tersenyum. Ambil kamu!!!!! Die!!! Tiada mersi. Aku menang akhirnya.

Lewat tgh malam, sedangku asyik memikirkan kemenangan besarku, boss lalat itu muncul. Aku lastik, mati. Ok bye. penat siot tulis panjang2.

 

Cerpen Si Pintar IT

Momo seperti biasa berlegar2 diruang atas meja tulis kayuku yang rapuh nan coklat. Dalam pada masa yang sama, aku bersungguh2 menelaah perkara2 yang baik2 sahaja di dalam sesawang lebar dunia menerusi kekunci2 papankunci komputeribaku. Tidak semena-mena dan dengan kurang segan silu momo menganjakkan paradigma dirinya dengan melangkah yakin keatas papan-papankunci yang kian berkilat terbabit. Dengan acuh tak acuh momo menempias jari-jari halusku yang sedang enak menari zapin menekan kunci2 komputer XPS M1330 anggun merah padamku. Momo melabuhkan punggungnye dengan pantas sambil menggaru2 dagunya yang kelabu oh-so-the-fluffy itu. Tup! Aku terlihat layar komputerku berpinar 90 darjah arah lawan jam. Lalu hati kecilku menggigil sambil berkata, “masakan begini… apakah sekejadahnya semua ini?” Aku marah. Bingung. Keliru. Hilang arah tujuanku. Mengapa watak Eric Forman dari komedi bersiri yang aku tonton sebentar tadi berdiri keding kini terbaring? Tanganku dengan sepantas kilat memeluk momo lalu mengenyek beliau. Terusku campakkannya keatas katil empukku yang dari tadi memanggil untuk ditemani. Aku buntu. Apakah yang aku mampu lakukan untuk memperoleh semula suka duka ketawa ria aku sebentar tadi? Berapakah berat momo sehingga begitu pintar melakukan sedemikian? Apakah menu makananku pada pagi esok? Adakah masih ada titis2 maggi didapur sana untuk hadamanku malam ini? Dan yang paling penting, apakah yang akan terjadi pada katil itu?
Kita tunggu episode seterusnya pada hari2 yg xkan muncul tiba.

*p/s: To rotate your screen, press Ctrl + Fn + Alt + (U/O/8/I). Choose one of the letters.
Ataupon, Ctrl + Alt + (one of the arrow buttons).
Try it!  It’s almost fun!

Trime kaseh lah momo atas ilmu yang dicurahkan. Ilmu ini akan aku manfaatkan tatkala april fool akan dtg.

Kepada spupuku dan rakan seperjuangan di Cairo, I pray for your safety.
Kepada rakantaulanku, HAPPY CHINESE NEW YEAR!!
Kepada yang tidak berkenaan, SELAMAT BERCUTI!!

OH, jumpe lagi. Dan, selamat beramal.

Tag Cloud