Life is a mere perspective

Archive for February, 2011

Cerpen Si Pintar IT

Momo seperti biasa berlegar2 diruang atas meja tulis kayuku yang rapuh nan coklat. Dalam pada masa yang sama, aku bersungguh2 menelaah perkara2 yang baik2 sahaja di dalam sesawang lebar dunia menerusi kekunci2 papankunci komputeribaku. Tidak semena-mena dan dengan kurang segan silu momo menganjakkan paradigma dirinya dengan melangkah yakin keatas papan-papankunci yang kian berkilat terbabit. Dengan acuh tak acuh momo menempias jari-jari halusku yang sedang enak menari zapin menekan kunci2 komputer XPS M1330 anggun merah padamku. Momo melabuhkan punggungnye dengan pantas sambil menggaru2 dagunya yang kelabu oh-so-the-fluffy itu. Tup! Aku terlihat layar komputerku berpinar 90 darjah arah lawan jam. Lalu hati kecilku menggigil sambil berkata, “masakan begini… apakah sekejadahnya semua ini?” Aku marah. Bingung. Keliru. Hilang arah tujuanku. Mengapa watak Eric Forman dari komedi bersiri yang aku tonton sebentar tadi berdiri keding kini terbaring? Tanganku dengan sepantas kilat memeluk momo lalu mengenyek beliau. Terusku campakkannya keatas katil empukku yang dari tadi memanggil untuk ditemani. Aku buntu. Apakah yang aku mampu lakukan untuk memperoleh semula suka duka ketawa ria aku sebentar tadi? Berapakah berat momo sehingga begitu pintar melakukan sedemikian? Apakah menu makananku pada pagi esok? Adakah masih ada titis2 maggi didapur sana untuk hadamanku malam ini? Dan yang paling penting, apakah yang akan terjadi pada katil itu?
Kita tunggu episode seterusnya pada hari2 yg xkan muncul tiba.

*p/s: To rotate your screen, press Ctrl + Fn + Alt + (U/O/8/I). Choose one of the letters.
Ataupon, Ctrl + Alt + (one of the arrow buttons).
Try it!  It’s almost fun!

Trime kaseh lah momo atas ilmu yang dicurahkan. Ilmu ini akan aku manfaatkan tatkala april fool akan dtg.

Kepada spupuku dan rakan seperjuangan di Cairo, I pray for your safety.
Kepada rakantaulanku, HAPPY CHINESE NEW YEAR!!
Kepada yang tidak berkenaan, SELAMAT BERCUTI!!

OH, jumpe lagi. Dan, selamat beramal.

Tag Cloud