Life is a mere perspective

Adeh2

Di satu petang aku berjalan didalam keretaku dengan laju dan yakin. Aku jalan stret, pusing kanan, pusing kanan lagi, kanan lagi, kanan lagi, kiri, lalu terus, terus lagi, dan teruskan mencari… lalu ku tiba di satu kiosk kegemaranku. Jambu 88. Embun2 sejuk yang menyelubungi silinder plastik mengandungi air jambu hijau dan buah jambu segar itu menenangkan hatiku. lalu aku menyampaikan hajatku kepada abang itu. “Bang, jambu 8 ketol, air jambu special campo asam boi 4 cawan ek.” Sejurus aku menghulurkan duit kertas berwarna merah, pantas aku beredar. Degup2 jantungku tidak sabar mahu menjamah habuanku hari ini.. “Shretttt!!” Bunyi driftan kelisa emasku dihalaman rumah. “Krekkk!” Handbrake ku tarik kukuh. Aku berjalan dengan machonye menuju ke dalam rumah, mengendahkan kepul2 asap dibelakangku terbentuk hasil driftku yang tidak kurang hebatnye. Kucampakkan semua plastik diatas meja, lalu dengan rakus aku melantak hampir kesemua jambu2 yang menjambui perasaanku tadi. Kekenyangan. “Sroooottt!” sekali ku sedut air hijau berais berasam boi. Perghh!! Adapun terbaik jua adanya. 2 cawan aku lesapkan. Aku puas! Habis lenyap nafsuku terhadap jambu2 skalian. Aku duduk melihat kaca television. Hanya kaca semata2 kerana aku sungguh malas membuka television terbabit, remotenye sungguh jauh dari capaian tangan kananku. Aku merenung. Erk! Tibe2 salur pernafasanku mengecut.. Lelahku yang sudah 4 tahun tidak kembali berkunjung tiba. Adeh2 teriak hatiku.. Detik itu aku sedar, ketangkasan asam boi itu terlalu hebat untukku kuasai. Dari dulu lagi aku tidak boleh makan bende2 masam cenggini. Aku insaf… Kini aku masih lelah sambil menulis blog. Kuharap ia akan redha secepat mungkin. Jam laptopku menunjukkan pukul 8.06pm. Aku harus pantas, pasar malam memanggil2 namaku.. Aku nekad, mahu makan jeruk mangga. Hoyeh! Uhuk! Uhuk!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: