Life is a mere perspective

Kisah sang pengepit

Pada suatu hari, Fatah (bkn nama sebenar) telah mengundang sang pengepit utk menjadi pengapit beliau di majlis perkahwinannye. Hal ini demikian adalah disebabkan spupu beliau yang tidak dpt menghadirkan diri di majlis gilang gemilang itu. Maka tanpa ragu2 si pengepit menerimalah pelawaan itu dgn penuh hormat dan gumbira. Walaupon hanyalah pengapit sambilan, ia tetap membuatkan sang pengepit terharu kerana ada jua terfikir sang fatah terhadap dirinya waima secubit, seciput, sedikit di belakang fikirannya.

Namun, tidaklah diketahuan oleh sang pengepit bagaimana wajarnya seorang pengapit itu. Arakian, rujuklah sang pengepiit kepada tuk gurunya, tun dato Google mahkota diraja. Adalah amat berpengetahuan tuk guru ini atas kerana usianya yang telah lanjut. Diajarkan bahawa seorang pengapit hendaklah menjaga si raja sehari, sang Fatah, bersungguh2 dalam segala segi termasuklah mengelap peluh, mengelap tangan, mengipas, menghidang dan yang penting, membayar tol.

a

Tatkala pengantin dipayungi payung emas dibawa sang pengepit tadi, terbunyilah tentang tol2 yang akan dikenakan. cuak jua adanya si pengepit itu. apabila bermulanya aktivitas tol tol berkenaan, dgn segala azamnya si pengepit menyerahkan sampul angpow kepada makcik2 yg memintanya. Terlintas jua “mate duitan pnye org johoq” ktorg org selangor dah pakai tac n go mahupon smat tag. haha.

b

Maka berkahwinlah putera Fatah dan puteri WarnaWarni (jua bukan nama sebenar). Setelah beberapa ketika, akhirnya lahirlah cahaya mata amat comel rupanya yang diberi nama ______________ (sila isi ruangan kosong). Mereka hidup aman damai suka bahagia hingga ke anak cucu ke akhir hayat (Ameeeeeen)

S . E . L .A . M . A . T        P . E . N . G . A . N . T . I . N        B . A . R . U

F . A . T . A . H         &        W . A . N . I . E

Advertisements

Comments on: "Kisah sang pengepit" (6)

  1. ecahmomo said:

    ahahahaha lawak lah weeehhhhh

  2. ecahmomo said:

    eh ingt lagi masa kt INTEC kelas OC fatah suruh awak jadi model dia untuk “postur berdiri yg betol” kann? fatah mmg suka gunakan awak kot. eh fatah kan? pengepit betol lah x ingatt

  3. pao baek hati lagi gembire said:

    kegondolan disitu. mule2 tol2 tu aku igt tol propel ke plus ke. rupenye tol makcik di rumah pengantin perempuan. aihhhh mesti lah kne tol. tak men ah tac and go, dh tac mane bleh go. bayarrr. hahahah lawak2

  4. aah laa. betul gak tu. mase OC kat intec saye kne jadi model posture. kahkahkah. mmg pngepit fatah ar

  5. ecahmomo said:

    pao, paling lawak bila fatah kata, “ko baling je syiling2 tu kt doreng bila doreng mintak,” mmg org slangorrrrrrrr

  6. wahhh nice2..ecahmomo patut jadi pengepit pompuan!! aaaaaaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: